Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Senat Kemboja

PHNOM PENH 14 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Senat Kemboja Tuan Yang Terutama Samdech Techo Hun Sen di Senate Palace hari ini.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha menggandakan nilai perdagangan dua hala, memperkukuh kerjasama dalam pembangunan industri halal termasuk penyertaan Kemboja dalam Majlis Halal ASEAN, serta memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan dan TVET sebagai pemangkin mobiliti sosial dan pertumbuhan industri masa depan.

