Majlis Menandatangani 7 Memorandum Persefahaman

KUALA LUMPUR, 10 Okt–Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Majlis Menandatangani 7 Memorandum Persefahaman (MoU) antara rakan strategik Invest Pahang dan syarikat pelabur sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini hari ini.



KUALA LUMPUR 10 Okt–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasaKerajaan Negeri Pahang melalui Invest Pahang sekali lagi menyertai Selangor International Business Summit (SIBS) 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Penyertaan kali ketiga ini menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik, selain mempromosikan potensi pelaburan negeri di peringkat serantau dan antarabangsa.

