Berlepas Ke Nay Pyi Taw

SUBANG 9 Okt–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa di Pangkalan Udara TUDM Subang untuk berlepas ke Nay Pyi Taw, pusat pentadbiran Kerajaan Myanmar di sini hari ini.
Lawatan kerja selama sehari ini diadakan bagi bertemu dan berbincang dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi State Security and Peace Commission (SSPC) Myanmar dan TYT U Nyo Saw, Perdana Menteri dan Menteri Perancangan Kebangsaan SSPC Myanmar.

