Mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa

PUTRAJAYA 6 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa bagi memperhalusi pelaksanaan Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) sebagai antara tonggak utama kita dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di sini hari ini.
Mesyuarat hari ini telah bersetuju untuk memperkukuh kerjasama antara KKDW, MOTAC, KUSKOP dan agensi berkaitan bagi menyelaras promosi, latihan serta pembiayaan kepada pengusaha inap desa di seluruh negara.

r
