Terima Kunjungan TV AlHijrah


KUALA LUMPUR 4 Okt –Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan TV AlHijrah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tn. Hj. Namanzee Harris. Pertemuan ini membincangkan pelaksanaan program bersama untuk memperkukuh pembangunan komuniti.
TV AlHijrah akan menganjurkan Mini Karnival Bismillah di Kota Tinggi, Johor tidak lama lagi sebagai platform dakwah, hiburan patuh syariah dan budaya Islam yang indah, dalam suasana santai dan harmoni.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO