Rakyat Malaysia Tahanan Israel Berada Dalam Keadaan Selamat

SEPANG 4 Oktober — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri , Datuk Seri Mohamad Haji Hasan memberi taklimat kpd media bersama Dato’ Dr. Sani Araby, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, berhubung aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menyertai Global #SumudFlotilla yang kini berada dalam tahanan di Israel. Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan pagi ini memaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang ditahan berada dalam keadaan baik dan selamat.
