Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Parlimen Bagan Datuk

PUTRAJAYA 30 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Parlimen Bagan Datuk bersama kementerian, agensi pelaksana dan pihak teknikal di Putrajaya.
Mesyuarat ini memberi ruang bagi meneliti projek-projek utama serta memastikan setiap pelaksanaan berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih efektif. Bagi saya, pemantauan berterusan adalah kunci bagi memastikan setiap projek memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

