Mengadakan Pertemuan Dengan Syarikat-Syarikat Global

AMERIKA SYARIKAT 29 Sept–Menteri Besar Johor Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Johor berpeluang bertemu dengan syarikat-syarikat global yang telah melabur dan bakal melabur pelaburan di Johor.
Pertemuan bersama syarikat-syarikat ini amat penting kerana ia mengukuhkan kedudukan Johor dalam sektor semikonduktor, AI, teknologi hijau, penyelidikan saintifik dan inovasi digital. Kesemua pelaburan ini bukan sahaja bernilai tinggi, tetapi turut membuka peluang pekerjaan berkualiti, pemindahan teknologi, serta peluang kerjasama untuk PKS tempatan.

