Lawatan Kerja Ke Qatar

DOHA 28 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, tengah hari tadi (waktu tempatan) bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Qatar.
Lawatan ini bakal menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Qatar. MoU ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

