Penyampaian Sumbangan Zakat kepada Pelajar STPM 2024

MACHANG 27 Sept–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merangkap Ketua UMNO Bahagian Machang Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menyerahkan sumbangan zakat pada Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat kepada Pelajar STPM 2024 yang layak melanjutkan pelajaran ke IPT 2025 serta Majlis Penyerahan Sumbangan Printer kepada semua kelas Tingkatan 6 dalam PPD Machang.
Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dalam persiapan ke IPT serta menyokong kemudahan pembelajaran di peringkat Tingkatan 6.


