Menyampaikan Pendirian Malaysia

NEW YORK 26 Sept–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan pendirian Malaysia di The Hague Group’s High-Level Ministerial Meeting To Halt The Gaza Genocide di sini hari ini..
Beliau sekali lagi menegaskan pendirian tegas bagi menghentikan segera genosid di Gaza. Menyatakan juga bahawa dunia tidak boleh terus berdiam diri terhadap kekejaman Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa serta meragut nyawa rakyat Palestin.


