Meninjau Pelaksanaan Program Ekonomi MADANI

KOTA KINABALU 27 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau pelaksanaan Program Ekonomi MADANI di dalam pangkalan TLDM di sini hari ini.
Program keusahawanan yang dipilih oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di sini ialah Hidroponik Sifar Karbon Pintar melalui “Knowledge Transfer Program” (KTP) hasil kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

