Mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara

PUTRAJAYA 25 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 2/2025 yang memberi tumpuan kepada pembentangan cadangan skop, fungsi dan struktur penubuhan Suruhanjaya TVET.
Cadangan ini lahir daripada siri perbincangan sebelum ini termasuk Pemukiman KEB 2024 serta dokumen RMK-13, dengan tujuan memperkukuh ekosistem TVET negara melalui sebuah badan kawal selia tunggal yang lebih tersusun dan berfokus.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO