Pelancaran Skuad Sukarelawan Bantuan Banjir BN Sabah

KOTA KINABALU, 20 Sept — Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barusan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Skuad Sukarelawan Barisan Nasional Sabah bagi membantu mangsa banjir. Skuad ini digerakkan di seluruh 25 kawasan Parlimen Sabah dengan kerjasama NADMA. Turut hadir, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita BN, Datuk Dr Noraini Ahmad serta barisan kepimpinan pusat dan negeri hari ini.

