Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2025

KUALA LUMPUR 19 Sept–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHaS) 2025 di MITEChari ini.
Kehadiran delegasi antarabangsa, penggiat industri dan rakan strategik dari pelbagai negara memperlihatkan tekad bersama untuk memperkukuh ekosistem halal global.
Malaysia, dengan pengalaman dan kepakaran yang telah lama dibina, terus diberi kepercayaan sebagai peneraju industri halal dunia. Transformasi proses permohonan sijil halal yang kini lebih pantas hanyalah salah satu daripada pelbagai usaha kita untuk memastikan ekosistem halal menjadi lebih cekap, inklusif dan berdaya saing.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO