Sesi Townhall Antibuli #GenerasiTanpaBuli Peringkat Negeri Selangor

SHAH ALAM 18 Sept–Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said semasa menghadiri Sesi Townhall Antibuli #GenerasiTanpaBuli peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Sesi ini bertujuan untuk membincangkan dan mendengar pandangan umum berkaitan inisiatif dan strategi membanteras gejala buli. Antara cadangan yang dibincang termasuk penubuhan Tribunal Antibuli bagi menangani kes dengan lebih cepat, mesra mangsa, berorientasikan pemulihan dan berteraskan ekosistem yang melindungi kanak-kanak – terutamanya bagi golongan rentan di bawah 18 tahun.

