Meninjau Kawasan Banjir

TANJUNG MALIM 15 Sept–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad Turun ke Muallim tengahari tadi untuk melihat keadaan mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kg Sungai Sekiah, Batu 7, Behrang Ulu dan PPS Dewan Orang Ramai Kg Pasir, Ulu Slim.
Dilaporkan 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kg Sungai Sekiah & 17 keluarga lagi di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Ulu Slim.



