Kunjungan Hormat Kepada Pengerusi China Aerospace Science and Industry Corporation Group

BEIJING 15 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi China Aerospace Science and Industry Corporation (CASIC) Group, Mr. Chen Ximing di ibu pejabatnya di sini hari ini.
CASIC merupakan sebuah syarikat milik Kerajaan China dan salah satu pemain utama industri pertahanan di China, khususnya dalam roket, sistem peluru berpandu, pertahanan udara, satelit dan teknologi angkasa lepas.

