Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan

KUALA LUMPUR 11 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Noordin menyempurnakan Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) di Kuala Lumpur, pagi tadi.
KSP yang dimulakan pada 2024 menilai semula dasar KPP yang diluluskan pada 2019 bagi melihat keberkesanan dasar, meneliti konteks pertahanan semasa dan merangka hala tuju strategik baharu.


