Meraikan Kejayaan Anak-Anak Cemerlang Negeri Pahang

KUANTAN 10 Sept–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meraikan kejayaan anak-anak cemerlang Negeri Pahang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2024 yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
Bagi meraikan kejayaan cemerlang ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi pemberian insentif pendidikan tahun ini melibatkan 668 pelajar cemerlang dengan pemberian insentif RM1,000 tunai setiap seorang dan insentif sebanyak RM3,000 kepada setiap 71 buah sekolah.


