Kunjungan Hormat Duta Besar Denmark Ke Malaysia

PUTRAJAYA 8 Sept–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Denmark ke Malaysia, H.E Kirstine Vangkilde Berner. Pertemuan ini memberi tumpuan kepada kerjasama dalam menangani perubahan iklim, mempercepatkan peralihan tenaga serta memelihara biodiversiti negara.
Denmark berkongsi pengalaman mereka dalam sistem harga karbon (cap-and-trade) dan menawarkan untuk menghubungkan Malaysia dengan syarikat Denmark dalam bidang tenaga boleh diperbaharui serta teknologi hijau.

