Program CSR Infaq Bakul Kasih Dan Isi Minyak Motorsikal Percuma

KOTA TINGGI 7 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan Program CSR Infaq Bakul Kasih dan Isi Minyak Motorsikal Percuma di Stesen Minyak BHP Jalan Mawai, Kota Tinggi.
Program isi minyak motor percuma ini merupakan antara pengisian sempena program Jelajah Orang Johor (JOJ) bagi kawasan DUN Sedili. Manakala sumbangan bakul makanan dijayakan oleh syarikat Wangsa Ultima Sdn. Bhd.