Sambutan Maulid Al – Mustofa

REMBAU 6 Sept– Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Haji Hasan hadir bersama dalam Sambutan Maulid Al Mustofa Ke-1500 di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.Beliau turut menyampaikan takrim kepada 40 huffaz Al-Quran yang diraikan. Syukur, sehingga kini, Sekolah Tinggi Islam As Sofa telah berjaya melahirkan lebih 700 orang huffaz yang menjadi aset berharga buat umat Islam dan negara.