Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

KLUANG 5 Sept– Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri amat berbesar hati dapat mengiringi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Masjid Jamek Bandar Kluang, Johor. Sambutan ini mengajak kita menelusuri perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW dalam membentuk ummah yang sejahtera, berakhlak dan berilmu