Selamat Tiba Di Tianjin

TIANJIN 1 Sept–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di Tianjin, Republik Rakyat China (RRC) lewat petang tadi bagi mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang hadir atas jemputan TYT Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). YAB Perdana Menteri dijadual akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Xi dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang, bagi membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

