Program Kayuhan Budaya Merdeka DUN Telok Mas Tahun 2025

KOTA MELAKA 30 Ogos–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyempurnakan pelepasan Program Kayuhan Budaya Merdeka DUN Telok Mas Tahun 2025 di Taman Sinn Ujong Pasir di sini hari ini.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri merangkap ADUN Telok Mas; YB Datuk Haji Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi dan Inovasi; dan Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO