Melancarkan Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan Dan Buku Latihan Sijil SPM STPM Dan STAM

PEKAN 30 Ogos –Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Inisiatif Makmur Pahang Buku Rujukan dan Buku Latihan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
Inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang ini akan memberi manfaat kepada 23,784 pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta yang memfokuskan kepada tiga kelompok utama iaitu pelajar SPM, STPM dan STAM Tahun 2025.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO