Meraikan TYT Chan Chun Sing Serta Delegasi Kementerian Pertahanan Republik Singapura

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan TYT Chan Chun Sing serta delegasi Kementerian Pertahanan Republik Singapura dalam satu majlis makan malam sempena lawatan pengenalan beliau ke Malaysia.Majlis tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah, mencerminkan eratnya persahabatan antara kedua-dua negara berjiran.Semoga hubungan baik Malaysia–Singapura terus diperkukuh dengan aspirasi, harapan dan matlamat bersama demi memastikan rantau ini kekal stabil, selamat dan makmur.