Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka

AYER KEROH 25 Ogos — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menghadiri Majlis Makan Malam Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, memanjatkan doa semoga Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali dan Toh Puan Hajah Asmah dilimpahi rahmat Allah SWT dengan nikmat kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan untuk terus mencurah khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Melaka tercinta