Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina Kota Tinggi

KOTA TINGGI 25 Ogos — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi ketika hadir di Medan Selera Muafakat Kota Tinggi bagi Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Cina Kota Tinggi.Pertemuan santai ini selain dapat meninjau keadaan medan selera dan menyantuni masyarakat serta pemimpin persatuan kaum Tiong Hua, ia juga sebenarnya dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat berbilang bangsa.Tidak lama lagi negara ini bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68. Maka, kita sewajarnya mengambil peluang ini untuk bersama-sama membangkitkan nilai kebersamaan dan semangat cinta akan negara.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79