Menolak Budaya Buli

JOHOR BAHRU 21 Ogos–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Johor berdiri teguh dan sebulat suara menzahirkan pendirian tegas menolak budaya buli yang semakin membimbangkan. Isu ini bukan sahaja mengancam keselamatan, tetapi juga berpotensi meranapkan masa depan generasi pewaris Bangsa Johor.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, buli dalam apa jua bentuk sama ada fizikal, emosi atau siber adalah satu perbuatan zalim. Ia meruntuhkan jiwa, melemahkan semangat, dan membunuh potensi anak-anak kita. Buli tetap buli, di mana sahaja ia berlaku. Dan ia mesti ditentang tanpa sebarang kompromi.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79