Mesyuarat Panglima Tentera Laut ASEAN ke-19

Pulau Pinang, 19 Ogos 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah merasmikan Mesyuarat Panglima Tentera Laut ASEAN ke-19 yang berlangsung di Batu Ferringhi hari ini.
Bertemakan “Advancing the ASEAN Navies’ Unity – Synergising Innovation and Technology in Strengthening ASEAN Maritime Security”, persidangan ini menghimpunkan seramai 88 delegasi tentera laut dari 10 negara ASEAN, selain turut melibatkan 10 kapal perang dengan penyertaan kira-kira 1,350 pegawai dan anggota menerusi segmen ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX).


