Larian Tok Gajah 2025 Eratkan Silaturahim Anak Pahang di Perantauan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama lebih 3,000 anak Pahang di perantauan menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 di Dataran DBKL. Program anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang dan POMP-KL dengan kerjasama KBS serta DBKL itu berlangsung cukup meriah.