UMNO Sabah Perkasa Jentera Penerangan Hadapi PRN

KOTA KINABALU, 12 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menyeru semua jentera penerangan parti di seluruh negeri untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi media sosial dan mengaktifkan peranan BN Comms di peringkat bahagian bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Beliau berkata, PRN kali ini adalah soal masa depan UMNO dan negeri Sabah, justeru semua jentera perlu bertekad, bersatu dan membina kekuatan daripada akar umbi serta Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Apabila maklumat disalurkan, jangan berhenti di situ sahaja. Kita perlu menyampaikan mesej kemenangan kepada rakyat, menanam semangat perjuangan demi anak bangsa dan masa depan negeri,” tegasnya.

Suhaimi turut mengingatkan agar jentera penerangan tidak terjebak dengan perkara remeh-temeh, sebaliknya fokus kepada usaha memperkukuh parti dan meraih keyakinan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika Kursus Komunikasi Penerangan UMNO Negeri Sabah yang diadakan selama tiga hari berakhir Ahad.

Ujarnya, kursus ini menjadi medan memperkukuh komunikasi, memperhebat penerangan, dan menguatkan lagi jentera parti menjelang PRN Sabah.

Kursus tersebut dirasmikan oleh Bendahari UMNO Sabah merangkap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan perasmian
penutup oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Turut hadir, Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob; Ketua Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal; ketua-ketua bahagian UMNO Sabah serta ketua-ketua penerangan negeri empat peringkat. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79