Operasi Pembenihan Awan Di Empangan Bukit Merah

SUBANG, 4 Ogos — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menaiki pesawat di Pangkalan Udara Subang hari ini untuk terlibat sama dalam Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Bukit Merah, Perak.
Operasi yang dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu merupakan ikhtiar kerajaan bagi menangani krisis air, susulan cuaca panas berpanjangan dan paras air empangan yang kini berada pada tahap kritikal.
Pesawat C-130H yang membawa Ahmad Zahid bersama-sama Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 11.34 pagi.

SUBANG, 4 Ogos– Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Udara Subang hari ini untuk terlibat sama dalam Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Bukit Merah, Perak.