Meninjau Lokasi Projek Jambatan Baharu

LIPIS 2 Ogos–Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis meninjau lokasi projek jambatan baharu yang telah pun diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM7.23 juta di Kg Kuala Kenong hari ini. Jambatan ini amat penting, bukan sahaja menghubungkan tiga buah kampung, tetapi juga menjadi laluan utama ke kawasan pelancongan semula jadi yang kian popular di Lipis, iaitu Kenong Rimba Park.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79