Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025

LIPIS 1 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025, dengan tema “Ayahku Kapten Keluarga” di Arena Jubli Perak, Lipis, sebagai penghargaan yang penuh makna kepada semua insan hebat bergelar ayah, bapa, papa, daddy, walid atau apa pun gelarannya. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua lelaki yang memegang amanah sebagai pemimpin keluarga, khasnya di negeri Pahang Darul Makmur.