Pertemuan Bersama Ahli Parlimen Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR 31 Julai–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan bersama beberapa Ahli Parlimen Kerajaan MADANI yang juga ahli Friends of Ministry (FOM) bagi Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Terima kasih kepada Backbenchers Club – BBC atas pengenalan inisiatif ini. Ia sedikit sebanyak membantu FOM untuk lebih mengenali dan memahami tentang MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta keperluan pertahanan negara.