Mengumumkan Keuntungan Dividen Saham Koperasi Serbausaha Makmur Berhad

KUANTAN 31 Julai–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan keuntungan dividen saham Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) yang berakhir pada tahun 2024 di sini hari ini.
Bagi tahun kewangan 2024, pendapatan keseluruhan KOSMA yang telah diaudit mencatatkan jumlah sebanyak RM290.79 juta, manakala keuntungan bersih direkodkan sebanyak RM132.77 juta.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79