Pertemuan Bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan Dan Industri Singapura

SINGAPURA 30 Julai–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura H.E. Mr Gan Kim Yong di sini hari ini
Pertemuan ini membuka ruang penting untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara Johor dan Singapura dalam bidang perdagangan, pelaburan, dan transformasi ekonomi serantau menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).