Kunjungan Hormat Daripada Timbalan Premier Sarawak

PUTRAJAYA 16 Julai–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Putra hari ini.
Dalam pertemuan ini, telah dibincangkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, khususnya dalam hal ehwal antarabangsa yang memberi manfaat bersama.