Menerima Menghadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

IPOH 14 Julai–Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagi sembah taklimat mengenai pencapaian dan agenda reformasi undang-undang dan institusi.
Sesi menghadap bersama DYMM Tuanku telah berlangsung selama lebih sejam di Istana Changkat, Kuala Lumpur dan turut disertai oleh Dr. Punitha Silivarajoo dan Tuan Thiyagu Ganeson, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM).