Mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR 2 Julai — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mewakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalankan tugas rasmi negara di Itali. Mesyuarat berlangsung sempurna dengan memperhalusi gerak kerja berterusan yang menjurus kepada matlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat demi mencapai keberhasilan yang terbaik.