Melancarkan Zakat Perak Al-Ridzuan

IPOH 26 Jun–Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat melancarkan Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) di Ipoh pagi ini.
ZAPAR ialah entiti rasmi baharu pungutan zakat Negeri Perak yang memungkinkan kepada langkah dinamik perkhidmatan kutipan lebih berkualiti dan responsif kepada pelanggan serta rakyat. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.