Pertemuan Bersama Pengurusan OCBC Group

JOHOR BAHRU 25 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pihak pengurusan OCBC Group, salah satu institusi kewangan terkemuka Asia bagi meneroka ruang kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi Johor, khususnya melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang kini giat dilaksanakan sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79