Istiadat Sambutan Rasmi Presiden Republik Kyrgyz

PUTRAJAYA, 25 Jun — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalam dengan Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov semasa menyertai Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi ke Malaysia yang berlangsung di Dataran Perdana Putra hari ini.
Lawatan ini adalah yang pertama oleh Presiden Zhaparov sejak beliau dilantik pada Januari 2021, sekali gus membalas lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Bishkek pada Mei tahun lalu. Ini merupakan isyarat bahawa Malaysia semakin mendapat tempat sebagai rakan strategik penting di rantau Asia Tengah.

PUTRAJAYA, 25 Jun — Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja pada Istiadat Sambutan Rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra hari ini.