Pertemuan Dengan Delegasi NEOJAPAN Inc.

 

JOHOR BAHRU 25 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dengan delegasi NEOJAPAN Inc., sebuah syarikat terkemuka Jepun yang telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri melalui Invest Johor semasa Nikkei Forum Medini, Johor 2025.
NEOJAPAN Inc. merupakan syarikat teknologi berpangkalan di Yokohama, Jepun, tersenarai di Pasaran Utama Bursa Saham Tokyo dan berpengalaman lebih 32 tahun dalam pembangunan perisian. Ia kini beroperasi di lima negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, Malaysia, Thailand dan Filipina dengan lebih 5.5 juta pengguna di seluruh dunia.

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79