Forum Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura 2025

JOHOR BAHRU 24 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menghadiri Forum Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) 2025 anjuran The Edge dan HSBC yang berlangsung di DoubleTree by Hilton hari ini.
JS-SEZ bukan sekadar satu kerangka ekonomi, tetapi merupakan satu visi besar untuk menjadikan Johor sebagai pemacu utama pertumbuhan negara di Selatan. Forum ini menghimpunkan lebih 1,200 peserta secara fizikal dan dalam talian, merangkumi tokoh industri, pembuat dasar dan pelabur dari Malaysia, Singapura dan rantau ASEAN.