Meninjau Kerja-Kerja Naik Taraf Infrastruktur

JEMPOL 23 Jun–Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir mengadakan lawatan ke Felda Palong 2 bagi meninjau sendiri kerja-kerja naik taraf infrastruktur yang telah siap sepenuhnya semasa menghadiri Program Ziarah Kasih Komuniti Madani di Felda Palong 2 yang merupakan inisiatif berjiwa rakyat bertujuan menyantuni golongan memerlukan.