Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2025

BANGI, 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama warga KEMAS ketika hadir pada Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2025 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) hari ini.
Turut bersama Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar (empat, kiri) dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man (empat,kanan).

BANGI, 19 Jun — Antara guru KEMAS hadir pada Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2025 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Institut Kemajuan Desa (INFRA) hari ini.

BANGI, 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) menyampaikan anugerah khas kepada Tan Sri Idris Jusoh pada Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2025 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) hari ini.
Turut bersama Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar (kanan) dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man (kiri).

BANGI, 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan kanak-kanak Tabika KEMAS pada Sambutan Hari Pendidik KEMAS 2025 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) hari ini.
Turut bersama Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar (kiri) dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man (kanan).